Skip to content

Customer Service 03-58860562

SCARFFEYA | MALAYSIA No.1 BEST CLOTHING BRAND

Wish Lists Cart
0 items
Language / Currency Sidebar

Currency

Scarffeya

11 Tips Pemakaian Ke Pejabat

by Iefa Scarffeya 04 Oct 2019
Nampak seperti perkara remeh, tetapi kadang-kala masih wujud golongan yang tersasar dalam memilih pakaian YANG BETUL untuk ke pejabat, yang membuatkan orang lain berasa sakit mata memandang.

Setiap hari kita akan berpakaian dengan gaya tersendiri ke pejabat. Tiada sesiapa dapat menafikan bahawa gaya pemakaian seseorang individu memainkan peranan yang amat besar di tempat kerja. Cara berpakaian atau penampilan seseorang pekerja biasanya menarik perhatian majikan mereka dan ada juga ada masanya dimana ia menjadi faktor penghalang seseorang itu tidak boleh pergi jauh dalam bidang kerjaya mereka.

Oleh itu, untuk membantu anda tampil sempurna dengan gaya yang sesuai ke pejabat, berikut merupakan 11 tips pemakaian yang boleh anda jadikan sebagai panduan:

1. Kenal pasti cara pemakaian pekerja di pejabat anda

Sekiranya anda masih baru berkerja, cuba teliti atau analisa cara pemakaian pekerja-pekerja lain di pejabat anda. Sekiranya mereka boleh santai dan bersahaja, jadi cara pemakaian kita tidak perlula terlalu formal. Tetapi sekiranya majoriti pekerja memang mempunyai kod atau etika berpakaian, jadi anda juga seharusnya mengikuti tata tertib yang telah ditetapkan.

2. Pakai saiz pakaian yang betul

Penting untuk anda memakai pakaian dengan saiz yang betul. Jangan pakai pakaian yang terlalu ketat atau terlalu longgar kerana keduanya mencacatkan penampilan anda.

3. Pastikan rambut dan pemakaian tudung yang kemas

Elakkan daripada tidak menyikat rambut sebelum ke pejabat dan pastikan juga rambut anda kering,kemas dan rapi.Untuk lelaki, jangan memakai gel rambut terlalu banyak.

4. Pakai handbag yang sesuai

Perkara ini sering dianggap remeh oleh ramai orang. Tetapi sebenarnya pemilihan beg ke tempat kerja juga amat memainkan peranan yang penting. Oleh itu, pastikan beg tangan anda sentiasa kemas dan bersih.

5. Dan pilih kasut yang bersesuaian

Sama seperti beg, soal pemilihan kasut juga amat penting dan oleh itu anda harus memakai koleksi kasut yang sesuai dipadankan dengan koleksi pakaian pejabat anda. Contohnya, jangan memakai sneakers bersama padanan seluar slack dan kemeja pejabat. Buat wanita, jangan memakai heels terlalu tinggi sehingga menyebabkan anda sukar untuk berjalan.Kasut terbaik adalah jenis kulit bertutup, selain melindungi kaki, anda akan kelihatan sentiasa kemas.

6. Elakkan memakai wangian yang berbau terlalu kuat

Memang tidak dapat dinafikan, bau yang wangi boleh meningkatkan daya keyakinan seseorang individu. Namun perlu diingatkan bahawa bau yang terlalu wangi boleh menyebabkan orang disekeliling anda berasa kurang selesa.

7. Pemilihan aksesori

Tampil ringkas dengan pemilihan aksesori yang bersesuaian dan aksesori yang paling ideal untuk dipakai oleh semua orang adalah jam tangan!

8. Elakkan memakai pakaian yang terlalu terang

Lupakan warna yang terlalu terang seperti neon, oren, kuning dan seumpamanya ketika anda ingin melakukan urusan rasmi di pejabat, terutama apabila dijemput menghadiri mesyuarat dan persidangan. Warna – warna seperti itu boleh anda gayakan semasa bersantai bersama keluarga kelak.

9. Jangan bergaya terlalu seksi

Penting untuk anda membezakan koleksi pakaian yang seksi dan koleksi pakaian yang elegan. Bergaya terlalu seksi di pejabat boleh memberikan tanggapan bahawa anda kurang professional dan menyebabkan gangguan – gangguan lain yang tidak diingini.Buat wanita misalnya, baju paling ‘selamat’ adalah baju kurung. Namun tidak salah untuk kadang – kala menggayakan blouse dan skirt/seluar slack dengan corak yang sesuai. Boleh la cuba Wafa Tops Executive atau Kurung Executive dari Scarffeya yang sememangnya di cipta khas buat mereka yang berkerja di sektor kerajaan mahupun swasta. Sarung je pasti tampak elegant dan ‘MAHAL’!😉

10. Pilih jenis pakaian yang tidak bercorak terlalu ‘heavy’ dipandang mata

Pastikan pakaian anda tidak kelihatan seperti ingin pergi ke pasar atau ke pusat membeli-belah. Sebaik-baiknya,pilih koleksi pakaian dengan rekaan dan corak yang minimal, namun masih tetap ‘smart’.Gayakan seadanya, anda akan tampak elegan dan berasa yakin. Blouse Wafa dari Scarffeya merupakan pilihan ramai wanita berkerjaya di luar sana. Blouse ini sangat minimal, elegant dan executive look. Sesuai digayakan dengan blazer atau pakai begitu sahaja dengan slack atau skirt. Dah nampak Proffesional gituuu!

11. Buat wanita, berhijablah dengan sempurna
Pilih hijab dengan warna yang padan dengan busana anda. Labuhkan ia seadanya menurut panduan menutup aurat yang sebenar (menutup belahan leher dan bahagian dada dengan sempurna,dilabuhkan dan tidak jarang). Gayakan hijab seadanya, selagi profesionalisme anda tidak dipersoalkan. In shaa Allah.

Sama – sama kita ambil yang positif berkenaan tips ini untuk kesejahteraan semua.

Sekian, yang baik itu dari Allah SWT, yang kurang baik daripada kelemahan kami sendiri. Terima kasih kerana meminjamkan masa anda.
930 x 520px

SPRING SUMMER LOOKBOOK

Sample Block Quote

Praesent vestibulum congue tellus at fringilla. Curabitur vitae semper sem, eu convallis est. Cras felis nunc commodo eu convallis vitae interdum non nisl. Maecenas ac est sit amet augue pharetra convallis.

Sample Paragraph Text

Praesent vestibulum congue tellus at fringilla. Curabitur vitae semper sem, eu convallis est. Cras felis nunc commodo eu convallis vitae interdum non nisl. Maecenas ac est sit amet augue pharetra convallis nec danos dui. Cras suscipit quam et turpis eleifend vitae malesuada magna congue. Damus id ullamcorper neque. Sed vitae mi a mi pretium aliquet ac sed elitos. Pellentesque nulla eros accumsan quis justo at tincidunt lobortis deli denimes, suspendisse vestibulum lectus in lectus volutpate.
Prev Post
Next Post
Someone recently bought a
[time] ago, from [location]

Thanks for subscribing!

This email has been registered!

Shop the look

Choose Options

Recently Viewed

Edit Option
Have Questions?
Back In Stock Notification
Compare
Product SKURatingDescription Collection Availability Product Type Other Details
Terms & Conditions
this is just a warning
Login
Shopping Cart
0 items
Recommended6